Kesimpulannya ialah hubungan antarabangsa adalah penting
bagi sesebuah negara sama ada dari segi keselamatan, pertahanan, sosial
politik, dan ekonomi. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga
kepentingannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu
atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu
mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan
musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti
Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan
daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama. Antara keperluan asas negara yang
berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah
negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca
pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan
memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan
barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu,
sekiranya sesebuah negara ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti
mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik.
Di samping itu pula, latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat juga akan
mempengaruhi negara terbabit menjalin hubungan antarabangsa dengan negara lain.
No comments:
Post a Comment